TEKNIK MEMETRI (Soldering Techniques)
Untuk melakukan satu-satu pemetri yang baik langkah-langkah berikut hendaklah diikuti dengan betul.
i. Mula-mula sediakan soldering, bersihkan mata dan panaskan. Solder yang panas diletakkan pada soldering stand
ii. Bersihkan permukaan PCB dengan kertas pasir atau pada mana-mana kaki komponen yang kotor.
iii. Uji soldering iron dengan letakkan sedikit lead pada hujung mata, sekiranya lead cair maka soldering itu telah siap sedia digunakan.
iv. Kemaskan semua komponen pada PCB atau lakukan proses tinning pada mana-mana wayar yang digunakan.
a. Memetri kaki komponen
ü Kemaskan komponen pada PCB dengan menggunakan long nose plier sebelum dipetrikan
ü Panaskan PCB dan kaki komponen serentak serta diletakkan lead sehingga cair. Pada masa ini tarik lead keatas dengan solder ke arah atas secara serentak.
ü Pastikan solder yang dibuat tidak terlalu banyak atau sedikit. Pastikan solder yang dibuat memenuhi permukaan kaki komponen.
b. Memetri sambungan wayar.
ü Tentukan wayar yang hendak dicantumkan dilakukan proses tinning. Pastikan jarak wayar adalah sepanjang 5mm. Seterusnya letakkan kedua-dua hujung wayar dan lakukan pemetri dengan solder.
ü Solder yang baik , ianya adalah kuat, nipis, permukaan yang berkilat.
Perhatian:
TINNING PROSES
Tinning adalah satu proses menyalut mata soldering dengan solder lead untuk bersihkan mata solder. Ia juga merupakan satu proses untuk memudahkan pemetri dilakukan terutama pada wayar dan kaki komponen. Dimana menyalutkan sedikit lead pada wayar sebelum solder pada PCB.
No comments:
Post a Comment